Tuesday, 27 November 2012
Life
Bangun pagi, pergi kelas, makan, minum, online, rehat, study dan tidur. ini la kehidupan harian aku di sini. kadang-kadang terasa bosan jugak, tapi nak tak nak, kena la terima hakikat ini la kehidupan sebagai pelajar. Kadang-kadang nak cari kepuasan dalam diri tu terlalu susah. Asal nak lepas stress je, pegi tengok wayang. Tak pun pergi main badminton. Tak pun juga, tengok movie kat laptop. Sampai bila-bila pun, ini la yang aku selalu buat untuk melepaskan sedikit stress yang terbuku di hati ni. Tapi nasib baik la, ada juga yang rasa sama macam aku rasa. So, kita orang boleh la keluar dan berborak-borak panjang. At least, ada la juga kurang sedikit stress apabila dah luahkan. Sekang ni dah masuk sem 3. Ada baki lagi 3 sem. Nampak macam sedikit. Orang pun selalu kata, apa la sangat dengan 3 sem lagi tu. Pejam celik, pejam celik, dah abih. Tapi masalah nk pejam celik, pejam celik tu, banyak lagi benda yang aku kena hadapi. So, x de la semudah pejam celik je. Jadi sebagai moral of the story, kena la bnyak bersabar dan just anggap je la baki sem tu sikit je tinggal lagi...
Demam Selsema
Baru-baru ni, ramai yang mengalami demam. Aku pulak dah masuk 3 kali demam hanya untuk bulan november ni sahaja. Memang pelik juga. Kenapa sampai macam ni. Sebelum ni tak pernah pun jadi macam ni. So, aku pun google la kenapa sering demam dan terjumpa satu blog tentang fakta demam dan demam selsema. Berdasarkan dari tanda-tanda yang ada kat diri aku, demam aku di klasifikasikan sebagai demam selsema. Tanda-tanda tersebut adalah seperti di bawah:
- tekak kering
- hidung tersumbat
- sakit kepala
- bersin
- batuk
- mata rasa panas sedikit
- demam
- sakit-sakit badan
Subscribe to:
Comments (Atom)