Tuesday, 27 November 2012

Demam Selsema

Baru-baru ni, ramai yang mengalami demam. Aku pulak dah masuk 3 kali demam hanya untuk bulan november ni sahaja. Memang pelik juga. Kenapa sampai macam ni. Sebelum ni tak pernah pun jadi macam ni. So, aku pun google la kenapa sering demam dan terjumpa satu blog tentang fakta demam dan demam selsema. Berdasarkan dari tanda-tanda yang ada kat diri aku, demam aku di klasifikasikan sebagai demam selsema. Tanda-tanda tersebut adalah seperti di bawah:

  • tekak kering
  • hidung tersumbat
  • sakit kepala 
  • bersin
  • batuk
  • mata rasa panas sedikit
  • demam 
  • sakit-sakit badan
Inilah tanda-tanda yang sering ada pada aku apabila mengalami demam selsema. Jadi setelah melakukan sedikit analisis pada diri sendiri, didapati punca aku sering mengalami demam selsema ini ialah kerana terlalu letih, kurang tidur, dan kurang minum air kosong. Jadi, selepas ini, langkah-langkah menjaga kesihatan perlulah diambil untuk mengurangkan risiko sering mengalami demam selsema.

No comments:

Post a Comment